Lagu

Sunday, 27 November 2011

10 WASIAT HASSAN AL BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

1)Wahai kawanku,

Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.

Ini membuktikan kesungguhan anda.

Di situ ada sumber kejayaan

Di situ ada sumber pertolongan

Di situ ada sumber taufiq

Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.

…dimulakan dengan menyebut solat di awalnya

Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat…

Juga di medan perang. Walaupun…

Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku,

Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya

Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit

Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan

Sesungguhnya al-Quran adalah

sumber asli lautan ilmu

Sumber hidayah kepada anda dan saya

Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

Sentiasalah membaca, menghafal dan…

Cuba hayati mesej arahannya.

Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!

Di sini ada ketenteraman

Di sini ada kedamaian

Di sini ada kesalaman

Jadilah hamba yang sejahtera.


3)Wahai kawanku,

Dorongkanlah diri untuk menguasai

Bahasa al-Quran

Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan

Sebenarnya anda telah lama bermula

Iaitu sejak anda solat setiap hari

Sebut dulu walaupun tak faham.

Antara mala petaka pertama menimpa umat kita…

Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.

Juga mengutamakan bahasa pasar,

Ayuh !!! Apa tunggu lagi??????

Bukalah ruang walaupun seminit !!!


4)Wahai kawanku,

Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!

Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan

Awasilah pertengkaran

Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?

Syaitannnn namanya !!!


5)Wahai kawanku,

Senyumlah selalu tapi bersederhanalah

dalam ketawa !!!

Rasulullah s.a.w adalah

yang paling banyak senyum

Beliau ketawa kena pada tempatnya

Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !

Plato juga berharap agar pementasan hiburan…

Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh

Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi

Dan orang upahan asing!

Begitu juga Aristotle berpendapat

Supaya golongan belia ditegah daripada

menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan

perbuatan ketawa berlebih-lebihan.

supaya tidak menular.

Keburukan dalam diri!!!


6)Wahai kawanku,

Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan

Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!

Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan

Kata seorang penyair :

Berikan kerehatan pada jiwamu

Yang sibuk dengan berfikir

Ubati dengan bergurau

Tapi,

Kalau mengubatinya dengan bergurau

Mestilah dalam batas

Seperti kau masukkan garam

ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku,

Kawallah nada suaramu

Setakat yang diperlukan

oleh pendengar di depanmu

Janganlah jadi seperti orang bodoh.

Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!

Luqman El-Hakim juga

mencela orang yang tidak pandai

menjaga nada suara pada tempatnya.

Itulah katanya suara keldai!!!

Surah al-Isra' memberi tip kepada kita…

Jangan keraskan suramu dalam solat

Tapi jangan pula merendahkannya

Carilah jalan tengah di antara keduanya.


8)Wahai kawanku,

Usahlah umpat mengumpat

Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain

Bercakaplah jika ada unsur kebajikan

Ayuh!!! Hindarilah…mengumpat!

Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!

Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!

Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda

yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!

Begitulah dosa orang yang mengumpat.

Bertaubatlah jika anda mengumpat

Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu

bersama!!!

Boleh mengumpat…apabila ada tujuan syarie.

-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

-untuk menghapuskan kemungkaran

-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9)Wahai kawanku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia

Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!!

Salam kasih sayang adlah untuk semua

Salam kemesraan adalah untuk sejagat.

Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…!

Lihatlah pensyariatan ibadah haji.

Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!

Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!

Pelbagai darjat datang berkunjung!!!

Sama-sama menjunjung obor suci

Tidak mengenali tapi tak sepi.


10)Wahai kawanku,

Maksimumkanlah faedah waktu anda dan

Tolonglah orang lain

supaya manfaatkan masa.

Hadkanlah masa penunaiannya.

Biasakan hidup berjadual di hadapan.

Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!

Bersegeralah, kerana…

Sabda Nabi s.a.w bermaksud :

"Bertindak segeralah melakukan amal…"

(Diulang 7 kali..)

Sayanglah masa saudaramu!!!

Hormatilah waktu mereka!!!

Usahlah berbicara meleret-leret…

Tanpa haluan dan noktahnya.

No comments:

Post a Comment