
Walaupun
patriotisme ada ketikanya iseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme, tetapi
kedua-duanya mempunyai kelainan tertentu. Patriotisme biasanya tidak berasaskan
ideologi. Ia adalah suatu keterikatan primordial terhadap sesuatu wilayah atau
masyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan suatu perasaan seidentiti.

Patriotisme
bukan ideologi, tetapi, ia juga bukan semata-mata semangat. Kalau semangatpun,
ia bukan semangat yang tidak menentu. Ia semangat yang terdidik. Kerana itu, ia
berada dalam satu kontinum di antara semangat dan ideologi. Ia adalah satu
gagasan. Sebagai gagasan, ia perlu kepada kefahaman dan pendidikan.
Pendidikan
patriotisme mempunyai dua objektif. Pertama, ialah meningkatkan semangat dan
makna patriotime. Dan kedua, ialah menggalakkan belia menerjemahkan patriotisme
ke dalam bentuk sumbangan konkrit terhadap kemajuan, kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat dan negara.
Sumbangan
itu tidak semestinya terhad dalam bentuk-bentuk tradisional. Ia juga perlu
keluar dari kepompong stereotaip. Ia perlu kepada pendekatan-pendekatan dan
bidang-bidang baru.
Perlu
disedarkan bahawa semua perlu dan dapat menjadi patriot. Patriot bukan terhad
kepada tentera sahaja, contohnya. Mendapat keputusan akademik terbaik di dunia,
menjadi universiti terbaik di dunia, memenangi pertandingan bahas antarabangsa,
memenangi hadiah Nobel, menjadi angkasawan negara, memimpin persatuan belia
antarabangsa, memenangi pingat di sukan antarabangsa, mencipta barangan baru,
dan banyak lagi – termasuk menjaga kebersihan negara dan segala kemudahan
awamnya, adalah juga patriotik.
Memupuk
patriotisme tidak semestinya melalui ceramah sahaja. Jika ceramahpun, janganlah
cerita zaman dulu sahaja. Ceritalah perkara yang baru dan semasa. Begitu juga
dengan lagu patriotik - perlu dipopularkan lagu patriotik rentak baru. Lagu
patriotik tidak semestinya rentak 'march'.
No comments:
Post a Comment